Bantu pemilik rumah di Johor Bahru, Pasir Gudang, Kota Tinggi & Kulai jual rumah dengan cepat, selamat, dan harga terbaik — lengkap dengan urusan guaman & pemasaran profesional.
Bantu pemilik rumah di Johor Bahru, Pasir Gudang, Kota Tinggi & Kulai jual rumah dengan cepat, selamat, dan harga terbaik — lengkap dengan urusan guaman & pemasaran profesional.
Tidak mengetahui proses yang betul untuk jual beli hartanah
Masalah lewat menunggu keputusan dan kelulusan pinjaman
Tidak tahu cara untuk menapis (filter) pembeli yang tepat dan berkelayakan
Takut adanya kes seperti penipuan, kecurian, rompakan, penculikan dan lain-lain perkara yang tidak diingini terjadi sepanjang proses jual beli.
Kami membantu mengurus proses jual beli hartanah anda secara menyeluruh dengan harga terbaik, cepat, telus, dan servis yang profesional.
Kami bekerjasama dengan firma guaman hartanah berdaftar bagi semakan dokumen, pindah milik, dan nasihat undang-undang jual beli.
Kami bantu anda mendapatkan pembeli dengan proses pemasaran yang efektif, pantas, serta nasihat konsultasi yang dipercayai.
Nama saya Muhammad Afif bin Azman, atau lebih dikenali sebagai Afif Azman. Saya merupakan Perunding Hartanah (PEA3370) yang berdaftar di bawah Legacy Real Property Sdn Bhd, sebuah Agensi Harta Tanah berdaftar.
Saya terlibat aktif dalam pelbagai persatuan industri hartanah dan profesional. Ketika ini, saya memegang jawatan Setiausaha Persatuan Alumni Institut Penilaian Negara (INSPEN). Selain itu, saya juga pernah berkhidmat sebagai Exco PEHAM serta merupakan ahli kepada The Malaysian Institute of Estate Agents (MIEA) dan Persatuan BumiPro.
Berpusat di Johor, saya telah menguruskan pelbagai transaksi hartanah merangkumi jualan dan sewaan, dengan lebih 90% transaksi berjaya diselesaikan. Di samping kerja lapangan, saya turut berkongsi pengetahuan dan tip berkaitan hartanah melalui platform digital seperti YouTube, sebagai usaha mendidik pemilik rumah dan pembeli agar membuat keputusan yang baik, yakin dan berinformasi.
Terima kasih atas kepercayaan anda. Jika anda sedang mencari perunding hartanah yang telus, berdisiplin dan boleh dipercayai di Johor, ingat nama Afif Azman.
Jom lihat senarai hartanah yang kami tawarkan — pelbagai pilihan menarik yang mungkin sesuai dengan keperluan, bajet, dan minat anda. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Semua amalan perejenan harta tanah adalah selaras dengan Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta 1981 (Akta 242), Peraturan Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta 1986, Standard Agensi Harta Tanah Malaysia Edisi Kedua 2014 (MEAS) dan juga Pekeliling dari LPPEH
ejenhartanahjohor.com.my © 2024. Hak Cipta Terpelihara.
Design & Developed By Ibina Technology Sdn Bhd