Nak jadi Perunding Hartanah? Cara Jadi REN (Real Estate Negotiator) – Panduan Lengkap Bersama Ejen Hartanah Johor
📌 Cara Jadi REN (Real Estate Negotiator) – Panduan Lengkap Bersama Ejen Hartanah Johor
Nak masuk industri hartanah dan jadi REN (Real Estate Negotiator)? Artikel ini akan terangkan proses, kos, syarat & peluang kerjaya sebagai REN yang sah di bawah LPEPH (Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta).
🔎 Apa Itu REN?
REN ialah Real Estate Negotiator – wakil jual beli/sewaan hartanah yang berdaftar di bawah sebuah agensi berlesen dan diiktiraf oleh LPEPH. REN akan diberikan REN Tag rasmi sebagai bukti kelayakan.
📚 Proses Menjadi REN
- Hadir Kursus NCC – Program wajib selama 2 hari dengan yuran sekitar RM600 (tidak termasuk SST). Kursus ini diakhiri dengan ujian dan jika lulus, anda akan menerima sijil kehadiran.
- Daftar dengan Agensi Berdaftar – Anda perlu memilih agensi yang berlesen dengan LPEPH. Yuran pendaftaran bergantung pada polisi agensi.
- Dapatkan REN Tag – Setelah didaftarkan, anda akan menerima REN Tag daripada LPEPH sebagai tanda anda sah berdaftar.
💰 Berapa Komisyen atau Gaji Ejen Hartanah?
REN tidak dibayar gaji tetap, tetapi melalui komisen jualan. Standard industri:
- Komisen agensi: 3% daripada harga jualan (untuk subsale).
- REN biasanya menerima 40%–80% daripada agensi, bergantung pada struktur agensi.
Contoh: Jika anda jual rumah bernilai RM500,000 → agensi fee RM15,000 → jika bahagian anda 70%, anda dapat RM10,500 untuk 1 jualan.
Lihat penjelasan video: Berapa Komisyen atau Gaji Ejen Hartanah?
📈 Apa Beza REN dengan REA?
REN ialah wakil yang berdaftar dengan agensi, manakala REA (Registered Estate Agent) ialah ejen hartanah berlesen penuh selepas melalui proses akademik, TPC & temuduga dengan LPEPH.
Tonton penjelasan lengkap: Apa Beza REN dengan REA.
🚀 Sertai Kami Sebagai REN di Johor
Saya, Afif Azman (PEA3370), sedang membuka peluang untuk anda yang berminat jadi REN di Johor Bahru, Pasir Gudang, Kota Tinggi & kawasan sekitar. Latihan, bimbingan & peluang jualan akan diberikan.
EZATUL HUDA MUHD REDZUAN CHEAH
on said
I want to register as REN
Afif Azman
on said
Kindly WhatsApp me at +60137946079