CABARAN SEMASA DALAM PEMASARAN UNTUK MENJUAL RUMAH DAN HARTANAH
Cabaran Ejen Hartanah Johor Dalam Menggunakan Platform Online
Sebagai Ejen Hartanah Johor yang beroperasi di Johor Bahru, Pasir Gudang dan Kota Tinggi, saya sering menerima persoalan daripada pemilik rumah: “Kenapa proses nak jual rumah kadang-kadang lama walaupun iklan dah naik di Mudah.my atau portal lain?”
1. Perubahan Paparan & Kos Iklan Platform Online
Platform seperti Mudah.my baru-baru ini mengubah paparan iklan. Dulu, tajuk iklan yang catchy & menarik menjadi faktor penting untuk tarik perhatian pembeli. Kini, paparan lebih ringkas — hanya jenis rumah, harga & lokasi yang ditonjolkan. Walaupun tajuk kreatif dibuat, ia tidak lagi memberi kesan seperti dahulu.
Selain itu, kos untuk “up” atau “bump” iklan juga meningkat. Contohnya, untuk naikkan 1 iklan memerlukan kos kredit yang tinggi iaitu 11 kredit dan untuk 1 bump pula akan menolak 8 kredit. Ini baru satu platform; belum termasuk kos platform lain atau kos pemasaran berbayar seperti Facebook Ads.
2. Kos Masa & Usaha Membawa Prospek Viewing
Iklan hanyalah langkah pertama. Ejen perlu mengurus viewing yang kadangkala memerlukan banyak sesi sebelum ada yang benar-benar berminat. Ada rumah yang perlukan 20–30 viewing sebelum berjaya temui pembeli sesuai.
Sebab itu, ejen perlu melakukan tapisan pembeli (background check) lebih awal untuk pastikan mereka layak dari segi pembiayaan & benar-benar serius mencari rumah.
3. Isu “Window Shopping” & Pembeli Tidak Serius
Antara cabaran besar adalah berdepan dengan prospek yang sekadar melihat rumah untuk mendapatkan idea dekorasi atau renovasi, bukan untuk membeli. Situasi ini membazirkan masa ejen, pemilik rumah, dan kadangkala juga penyewa yang perlu memberi laluan viewing.
Selain itu, ada prospek yang klik iklan tetapi tidak memberi respon apabila dihubungi, walaupun kos iklan (terutama Facebook Ads) dibayar setiap klik.
4. Harapan Tinggi Pemilik & Realiti Pasaran
Pemilik rumah biasanya mengharapkan rumah terjual cepat selepas iklan naik. Namun, realiti pasaran menunjukkan tempoh jualan bergantung kepada permintaan, harga, dan kelayakan pembeli. Jika pembeli belum bersedia untuk membeli dalam masa terdekat (contoh: masih menunggu 3–6 bulan sebelum membuat keputusan), viewing awal mungkin tidak membantu.
5. Kenapa Tapisan Awal Itu Penting
Tapisan awal membantu memastikan setiap viewing adalah untuk pembeli berkualiti. Ini memberi peluang lebih tinggi untuk proses jual beli berjalan lancar dan mengurangkan risiko rumah “tersangkut” lama di pasaran.
Bagaimana Saya Boleh Bantu Anda Jual Rumah di Johor
Sebagai Ejen Hartanah Johor berdaftar, saya menguruskan proses jual rumah anda dari mula hingga selesai dengan cara yang cepat, mudah dan dipercayai. Antara kelebihan jika anda melantik saya:
- Strategi pemasaran yang terbukti berkesan (portal hartanah, media sosial, rangkaian pembeli sedia ada)
- Tapisan awal untuk pembeli yang serius & layak
- Pengurusan viewing yang teratur supaya tidak membuang masa
- Penasihat harga berdasarkan semakan harga pasaran percuma
- Networking dengan peguam hartanah yang dipercayai telus dan cekap untuk proses dokumen SPA
Jika anda pemilik rumah di Johor Bahru, Pasir Gudang atau Kota Tinggi dan mahu jual rumah dengan lebih pantas, hubungi saya di WhatsApp 013-7946079 untuk mula berbincang.
Kesimpulan
Bagi pemilik rumah yang nak jual di Johor Bahru, Pasir Gudang, atau Kota Tinggi, memahami cabaran ini akan membantu anda lebih realistik tentang proses jualan. Ejen hartanah berpengalaman bukan sahaja memasarkan rumah anda, tetapi juga melindungi masa, tenaga dan kos anda dengan memastikan pembeli yang dibawa adalah serius dan layak.
Jika anda ingin tahu berapa harga pasaran semasa rumah anda, boleh buat semakan harga pasaran percuma di sini. Saya sedia membantu merancang strategi pemasaran rumah anda secara profesional dan berkesan.