News

Check out market updates

Afif Azman Ejen Hartanah Johor profesional dan berdaftar PEA3370

Cara Pemilik Rumah Semak REN yang Sah: Certified, RENTAG Aktif & Rujukan Akta 242

Siapakah Perunding Hartanah (REN) di Malaysia? Istilah yang tepat: Certified vs Berdaftar

Ditulis oleh Afif Azman · Rujukan: Akta 242 & Malaysian Estate Agency Standards (MEAS) Third Edition 2020

Ramai orang guna istilah “ejen hartanah” secara umum. Tapi untuk pemilik rumah yang nak jual dengan lebih yakin, penting untuk faham perbezaan istilah berdaftar dan certified, supaya anda jelas siapa yang ada kuasa, siapa yang di bawah penyeliaan, dan bagaimana akauntabiliti urusan jualan dijaga.

Ringkasan untuk penjual

Untuk pemilik rumah yang nak jual:

  1. Anda boleh berurusan dengan REN atau PEA, tetapi pastikan identiti dan status mereka boleh disemak.
  2. Untuk semakan pantas, pastikan ada RENTAG yang masih aktif.
  3. Jika anda mahu semak, anda boleh buat semakan secara atas talian di LPEPH Search.

Rujukan: MEAS 2020 (Standard 2: Negotiators); Akta 242 (Seksyen 22C berkaitan sekatan amalan dan gelaran).

Istilah yang tepat: “Berdaftar” vs “Certified”

1) “Berdaftar”

Dalam konteks undang undang dan pendaftaran di bawah Akta 242, istilah berdaftar lazimnya merujuk kepada pihak yang didaftarkan dalam daftar yang berkaitan dan tertakluk kepada peruntukan Akta 242.

Rujukan: Akta 242 (Seksyen 2: tafsiran “registered estate agent”; serta peruntukan daftar dan pendaftaran).

2) “Certified”

Untuk REN, istilah yang lebih selamat dan tepat untuk komunikasi awam ialah certified atau berlesen, kerana REN beroperasi melalui estate agency yang berdaftar dan di bawah arahan serta penyeliaan pihak yang bertanggungjawab dalam amalan agensi.

Rujukan: MEAS 2020 (Standard 2: Negotiators, peranan dan penyeliaan); Akta 242 (Seksyen 22C).

Siapa sebenarnya REN?

Perunding Hartanah (REN) ialah individu yang membantu urusan jual beli atau sewaan hartanah sebagai negotiator melalui estate agency. REN lazimnya menjalankan tugasan seperti pemasaran, susun temujanji, saringan pembeli, dan koordinasi proses transaksi mengikut arahan serta tatacara firma.

  • Membantu kerja jualan dan rundingan bagi pihak firma
  • Beroperasi mengikut standard amalan dan etika yang ditetapkan
  • Perlu dapat dikenal pasti melalui REN Tag yang sah dan aktif

Rujukan: MEAS 2020 (Standard 2: Negotiators, termasuk keperluan pendaftaran dan pemakaian REN Tag serta kawalan penyeliaan).

Siapa sebenarnya PEA?

PEA (Probationary Estate Agent) ialah individu yang berdaftar sebagai probationer di bawah Akta 242 dalam laluan profesional menuju pendaftaran penuh. Dalam amalan harian, PEA sering menjalankan tugasan seperti negotiator di bawah struktur firma dan penyeliaan yang relevan.

Rujukan: Akta 242 (Seksyen 2: tafsiran “probationary estate agent”; serta peruntukan pendaftaran probationer).

Siapa sebenarnya REA?

REA (Registered Estate Agent) ialah individu yang berdaftar di bawah Akta 242 dan dalam keadaan tertentu boleh memohon serta memegang Kuasa Menjalankan Amalan untuk menjalankan amalan agensi mengikut peruntukan yang terpakai. REA ialah individu, bukan firma. REA juga boleh membuka atau mengurus operasi sebuah estate agency mengikut keperluan undang undang dan pematuhan.

Rujukan: Akta 242 (Seksyen 2: tafsiran “registered estate agent”; Seksyen 15A dan Seksyen 16 berkenaan authority to practise).

Apa itu Kuasa Menjalankan Amalan?

Kuasa Menjalankan Amalan ialah kebenaran rasmi untuk menjalankan amalan dalam bidang berkaitan, tertakluk kepada syarat dan sekatan yang ditetapkan. Untuk konteks agensi hartanah, peruntukan Akta 242 menunjukkan wujudnya konsep “authority to practise” yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa di bawah Akta.

Rujukan: Akta 242 (Seksyen 15A: permohonan authority to practise; Seksyen 16: pengeluaran authority to practise).

Ringkasan untuk pemilik rumah

  1. Minta RENTAG dan semak status supaya anda tahu anda berurusan dengan pihak yang jelas identitinya.
  2. Pastikan pelantikan bertulis dan skop kerja dinyatakan, termasuk cara pemasaran dan kaedah urusan deposit.
  3. Elakkan “title” mengelirukan yang seolah olah seseorang menjalankan amalan tanpa kuasa yang sah.

Rujukan: Akta 242 (Seksyen 22C: sekatan berkaitan gelaran, iklan, dan amalan); MEAS 2020 (Standard 2: tatacara negotiators dan kawalan penyeliaan).

FAQ

Adakah REN itu “ejen hartanah”?

Dalam penggunaan harian orang awam, istilah “ejen hartanah” sering digunakan untuk semua. Tetapi dari sudut pematuhan, REN ialah negotiator yang menjalankan tugasan melalui estate agency dan tertakluk kepada piawaian amalan serta penyeliaan firma.

Rujukan: MEAS 2020 (Standard 2: Negotiators); Akta 242 (Seksyen 22C).

Kenapa pemilik rumah perlu ambil peduli tentang RENTAG?

RENTAG yang aktif membantu pemilik rumah membuat semakan identiti dan memastikan urusan dilakukan melalui saluran yang jelas, bukannya individu yang tidak dapat disahkan.

Rujukan: MEAS 2020 (Standard 2: keperluan pendaftaran dan pemakaian tag pengenalan).

Adakah REA itu sebuah firma?

Tidak. REA ialah individu. REA boleh membuka atau mengurus estate agency mengikut peruntukan yang terpakai, tetapi “REA” itu sendiri bukanlah firma.

Rujukan: Akta 242 (Seksyen 2: tafsiran “registered estate agent”; Seksyen 15A dan 16: authority to practise).

Adakah PEA sama macam REN?

PEA ialah Probationary Estate Agent di bawah Akta 242. Dari segi operasi harian, PEA boleh terlibat dalam tugasan lapangan yang mirip negotiator bergantung kepada struktur dan penyeliaan firma. Perbezaan utama ialah status profesional PEA sebagai probationer dalam laluan pendaftaran.

Rujukan: Akta 242 (Seksyen 2: “probationary estate agent”; peruntukan pendaftaran probationer).

Macam mana nak elak kena scam atau “agent” yang tidak sah?

Buat semakan identiti, minta RENTAG yang aktif, pastikan pelantikan dan skop kerja dinyatakan, dan elakkan pihak yang menggunakan gelaran atau iklan yang mengelirukan.

Rujukan: Akta 242 (Seksyen 22C: sekatan gelaran dan iklan); MEAS 2020 (Standard 2).

Borang Pendaftaran Minat

Pilih kategori yang sesuai. Ambil masa 1 hingga 2 minit sahaja.

Saya Pemilik Rumah dan Ingin Menjual

Sesuai untuk pemilik rumah yang mahu semakan harga pasaran, strategi pemasaran dan saringan pembeli yang lebih tersusun.

Isi Borang Pemilik Rumah

Saya Pembeli dan Ingin Membeli Rumah

Sesuai untuk pembeli yang mahu kami carikan rumah ikut bajet, lokasi dan kriteria penting anda.

Isi Borang Pembeli

Saya Penyewa dan Ingin Rumah Sewa

Sesuai untuk penyewa yang mencari rumah sewa berdasarkan bajet, jarak kerja atau sekolah serta keperluan bilik.

Isi Borang Penyewa

Saya Landlord dan Ingin Sewakan Rumah

Sesuai untuk pemilik rumah yang mahu menyewakan hartanah dengan saringan penyewa yang lebih kemas dan selamat.

Isi Borang Landlord

Leave a Reply

Your email address will not be published.