Bina Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah (REN) di Bawah Estate Agency Berdaftar
Bina Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah (REN) di Bawah Estate Agency Berdaftar
Industri hartanah memerlukan individu yang berdisiplin, jujur dan sanggup belajar. Jika anda mencari kerjaya yang fleksibel dengan potensi pendapatan berdasarkan prestasi, kerjaya sebagai Real Estate Negotiator (REN) mungkin sesuai untuk anda.
Siapakah Perunding Hartanah (REN)?
REN ialah Perunding Hartanah yang certified, bernaung di bawah Estate Agency berdaftar, dan menjalankan urusan mengikut Akta 242 serta Malaysian Estate Agency Standards (MEAS). REN beroperasi melalui firma dan di bawah tanggungjawab Registered Estate Agent (REA).
Tonton video penerangan
Dalam video ini saya kongsikan gambaran sebenar kerjaya REN, cara mula dengan betul, dan apa yang anda patut bersedia dari hari pertama.
Siapa yang sesuai?
- Individu yang serius bina kerjaya jangka panjang
- Berminat dalam jual beli dan sewaan hartanah
- Sanggup belajar sistem, proses dan etika kerja
- Boleh bekerja secara berdikari tetapi ikut SOP
- Fresh graduate atau berpengalaman dialu-alukan
Apa yang akan anda pelajari?
- Asas undang-undang hartanah (Akta 242 dan MEAS)
- Proses jual beli dan sewaan yang betul
- Cara urus pemilik rumah, pembeli dan penyewa
- Pemasaran hartanah secara profesional
- Sistem kerja sebenar dalam Estate Agency berdaftar
Kenapa sertai bersama saya?
- Bimbingan berstruktur, bukan sekadar daftar dan dilepaskan
- Fokus kepada amalan sah, telus dan profesional
- Sesuai untuk yang nak bina reputasi jangka panjang
- Pendedahan sebenar pasaran hartanah Johor
Berminat untuk tahu lebih lanjut?
Terus WhatsApp saya untuk maklumat lanjut dan penerangan.
WhatsApp Afif AzmanNota: 60137946079 nombor WhatsApp saya.