TREND PASARAN HARTANAH JOHOR 2025 OK KE?
TREND PASARAN HARTANAH JOHOR 2025 OK KE?
Berpandukan data NAPIC & DOSM serta berita rasmi Malaysia, ini ringkasan pantas keadaan semasa Johor dan apa yang pemilik rumah patut buat sekarang.
1) 2024: Johor Dengan Asas Sihat Untuk 2025
- 70,519 transaksi direkodkan di Johor pada 2024 untuk subsektor kediaman, nilai RM29.31 bilion.
- Kenaikan 4.9% dalam bilangan transaksi dan 13.9% dalam nilai berbanding 2023.
- Melaka: +29.8% bilangan & +22.9% nilai. Negeri Sembilan: -16.4% bilangan & -13.9% nilai.
Sumber: Laporan Wilayah Selatan NAPIC 2024.
2) 1Q 2025: Cool-off Sementara Je — Sebelum Take Off!
Suku pertama kebiasaannya sederhana. Data negara 1Q 2025 menunjukkan penurunan kecil berbanding 1Q 2024, tetapi aktiviti pembinaan/pelan baharu kekal sihat — asas pasaran masih kukuh untuk separuh kedua tahun.
3) Haluan Johor 2025: JS-SEZ & RTS Jadi Pendorong
- JS-SEZ memacu keyakinan pelabur & pembeli, dengan beberapa laporan harga kediaman di JB menunjukkan kenaikan pada 2025.
- RTS Link melepasi tahap kemajuan penting pada 2025 — isyarat kukuh kepada permintaan sewa & jual beli di koridor JB-Singapura.
4) Inflasi Johor Rendah: Sokong Kemampuan Pembeli
Menurut DOSM, inflasi Johor kekal rendah pada 2025, membantu menstabilkan kos sara hidup dan menyokong keputusan pembelian.
5) Apa Maknanya Untuk Pemilik?
- Rumah bawah RM500k kekal tumpuan utama pembeli tempatan — tetapkan harga yang realistik untuk percepat viewing & tawaran.
- Fokus USP pada lokasi dan akses RTS/CIQ, jarak ke ameniti, sekolah, lebuh raya.
- Pastikan penetapan harga jualan yang realistik dengan permintaan pasaran untuk proses jual rumah jadi lebih lancar.
Graf Mini: Nilai Transaksi Johor 2020–2024 (RM bilion)
Nak jual cepat & selamat di Johor Bahru, Pasir Gudang, Kota Tinggi?
WhatsApp 013-794 6079 (Afif Azman — Ejen Hartanah Johor). Mohon semakan harga pasaran percuma untuk set harga paling strategik dari awal.